- Empat jenis di hati iaitu syirik, terus-menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
- Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
- Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
- Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
- Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
- Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
- Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.
Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak tersebut di atas. Walau bagaimanapun, dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.
Untuk huraian lengkap setiap satu dosa, sila download bukunya di sini megaupload. [NB: Saya dah cuba masuk, tapi payah benar nak download... hemmm...]. Mengikut imam az-Zanabi (ada juga yang menulis Adz-Dzahabi) dalam kitabnya 'Al-Kabaair', beliaumenghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti yang disenaraikan di bawah.
1.. Syirik
2.. Membunuh Manusia
3.. Sihir
4.. Tinggal Sembahyang
5.. Tidak Mengeluarkan Zakat
6.. Tidak Berpuasa
7.. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8.. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9.. Memutuskan Silatulrahim
10.. Berzina
11.. Homosex
12.. Memakan Riba
13.. Memakan Harta Anak Yatim
14.. Mendustakan Allah SWT dan Rasul
15.. Lari dari Medan Perang
16.. Sombong
17.. Saksi Palsu
18.. Meminum Arak
19.. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.. Berjudi
21.. Menuduh orang baik melakukan Zina
22.. Menipu harta rampasan Perang
23.. Mencuri
24.. Merompak
25.. Sumpah Palsu
26.. Berlaku Zalim
27.. Pemungut cukai yang Zalim
28.. Makan dari kekayaan yang Haram
29.. Bunuh Diri
30.. Berbohong
31.. Hakim yang Tidak adil
32.. Rasuah
33.. Wanita yang menyerupai Lelaki
34.. Tidak Cemburu
35.. Cina Buta
36.. Tidak Suci Hadas kecil
37.. RIAK Mempamerkan Diri
38.. Ulamak Dunia (jahat)
39.. Khianat
40.. Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.. Mangingkari Takdir
42.. Mencari Kesalahan Orang lain
43.. Menabur Fitnah
44.. Mengutuk Umat Islam
45.. Mengingkari Janji
46.. Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.. Derhaka kepada Suami
48.. Gambar pada Baju
49.. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.. Mengganggu Orang lain
51.. Berbuat Zalim terhadap yang lemah
52.. Mengganggu Tetangga
53.. Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.. Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
55.. Melabuhkan Pakaian
56.. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.. Hamba Lari dari Tuan
58.. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
59.. Menjadi Pak Sanggup
60.. Berdebat dan Bermusuh
Renung2kan...
No comments:
Post a Comment