Saturday, January 7, 2012

Wahai muslimah..Amalkan Doa ini..

Assalamualaikum


Semoga doa ini dapat dilafaz dan di amalkan oleh semua wanita msulimah, cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Bismillahirrahmanirrahim..

Doa dari hadis sohih perlindungan setiap kali keluar rumah, iaitu :-
رسول الله يقول من قال بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يصبح ومن فالها حين يصبح ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يمسي

Dalam sebutan rumi : BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM.

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tida dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللهم ان كنت تعلم اني اّمنت بك وبرسلك وأحصنت فرجي الا علي زوجي فلا تسلط علي الكافر

Dalam sebutan rumi : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA WA AZ-ZALIM.

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan RasulMu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim." (Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97 ; Musnad Ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393 ; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih)



Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan RasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatannya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.



Semoga Kita sentiasa dilindungi di dunia mahupun Akhirat...
amin

- Syukran Ma'Assalam -

2 comments:

Arina Shamsul said...

insyaALLAH..;-)

da follow sini da..
jemput datang blog ye comel..
entri ni khas untuk awak..
http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2012/01/kata-alu-aluan-untuk-kamu-yang-comel2.html

♥ نورحازانه ابراهيم ♥ said...

thnx arina..akan terjah belog kmu jga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...