Wednesday, December 29, 2010

Telegram dari Mr.Rock n Roll

Matanya….

Penat jaga hati orang…Hati sendiri??? Hdup untuk orang ..tapi sendiri merana..

Kehidupan paling sempurna apabila di cuba dengan pelbagai dugaan dan musibah..

Tapi boleh ke semua itu kita hadapi??

Dek kerana cetek iman,diri sendiri terkorban..jangan sesekali ikutkan hati sehingga memotong fikiran akal..

Sekelumit otak digunakan tapi untukuntuk berfikir kea rah penyelesaian,aku x mampu…

Jangan bermain api..nanti terbakar diri..

Tapi bagaimana disebabkan orang lain bermain api, orang di dalam rumah turut terkorban..?

Semuanya disebabkan akal yang ada boleh digunakan untuk berfikir namunmereka tetap menggunakan hati yang hanya tahu mengikut amarah, dendam dan hawa nafsu semata..

Fikirannya…….

Perasaan tak pernah memenuhi nafsu..tetapi nafsu hanya puas bila tindakan yang dilakukan mengikut hati..

Aku tahu hidup tak seperti orang lain..tapi aku juga punya hati, perasaan untuk merasakan diri untuk terus disayangi dan dicintai oleh orang yang aku harapkan selama ini..

Mengelamun jauh ke bulan..

Adakah bulan turut melihat kita,makhluk yang kerdil ini?

Melihat atau tidak, dia tetap akan member i cahaya indah dari dirinya untukku..

Aku bersyukur kerana masih merasai kehangatan cahayannya dikala malam..

Seperti cerita dongeng,

Kuharapkan wajah si dia terpampar di dada bulan tika aku mengingatinya..

Tapi aku berbicara pada bintang..temani tidurnya dan taburkan seluas mimpi yang indah untuknya bermimpi hingga bergantinya bulan dan mentari…

Senyumannya…

Bagaikan bumi tanpa matahari..maka gelaplah ala mini dari sinar cahayanya..

Begitu jua dirimu padaku..sudah tentu kabur perjalanan hidupku ini..

Andai ku mampu menepis hujan yang turun membasahi dirimu..andai kata malammu tidak seindah yang di harapkan…

Maafkan aku…

Dihiasi warna-warna pelangi terpancar indah seluruh ayu wajah,

Tika malam muncul kita hanya bersama.. disaksikan bulan dan bintang..

Aku bahagia…….

Perasaanya….

Hanya sekelumit cinta yang ku pertaruhkan dek kerana kedaifanku ..ku semai menjadi perhiasan yang semakin lama menjadi taman-taman yang agung..hari-hari menjadi penemanmu….

Setiap saat indah dipotretkan setiap dinding agar kau tahu betapa berharganya dirimu untuk ku..

Jagailah dan kekalkanlah apa yang di anugerahkan selama ini..

Dan jangan ditangisi andai tiada lagi aku pada potret yang mendatang…

Tetapi lihatlah awan..disitu terdamparnya aku untuk menemaniku….

-sekadar hiasan-



- Syukran Ma'Assalam -

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikom.. hihi siuk baca entry kau ada puitis2 gitu.. ni link aku http://siryezsir.blogspot.com/ visit la kalau sudi n feel free to follow me back. Peace (^^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...