Friday, March 23, 2012

Persahabatan di ANNISA

Assalamualaikum

helo readers smua..today aku saja mau buat entry pasal annisa yang ditayang kan kat TV Al-Hijrah..ekceli lama suda mau buat entry pasal ni..tapi lupa ja..hahahah...

Sitkom 13 episod ini akan bersiaran setiap Ahad jam 8.30 hingga 9 malam. Dibintangi Raja Farah sebagai Tria, Sariyanti sebagai Nita, Diana Amir sebagai Audy, dan Bienda sebagai Lili, Anissa mengisahkan kehidupan tiga Muslimah moden yang mengendalikan perniagaan kafe di Chicago. 




 


Saksikan bagaimana tiga Muslimah ini bertungkus-lumus menguruskan kehidupan masing-masing dan pada masa sama melanjutkan pelajaran. Menjanjikan pelbagai emosi kepada penonton, pastinya gelagat tiga Muslimah yang bijak, berdikari, dan bersifat lucu ini mencuit hati penonton.
Annisa, siri sitkom terbaru terbitan Primeworks Studio untuk TV AlHijrah yang memaparkan isu-isu semasa yang relevan dengan kehidupan masyarakat dan diselitkan nilai moral dalam bentuk infotainment. Punya karakter tersendiri, Tria lakonan berkesan Raja Farah, seorang yang menghargai seni. Cara pembawaan yang santai membuatkan watak Tria disukai ramai.


 
peneraju utama Annisa

Di sebalik penampilan yang meyakinkan, Tria juga bijak, penyabar, sentiasa memberi inspirasi kepada yang lain. Tria juga suka menggunakan blog sebagai medium meluahkan perasaannya.
Nita pula sudah berkahwin dan watak ini sangat serasi dengan Sari Yanti. Dia paling positif antara rakan-rakannya dan sentiasa mencuba memperbaiki segala masalah yang timbul.
Audy lakonan Diana Amir, tidak kurang hebatnya. Gemar mencuri perhatian, Audy, juga suka menggoda lelaki, namun ada hadnya. Lakonan Diana Amir ini sangat berkesan dan berjaya menyakitkan hati penonton. Walaupun usianya baru mencecah 20 tahun, Audy mempunyai sifat besar kepala dan sering kali memikirkan dirinya. Dia juga adik bongsu kepada Lili.
Sementara Lili, bercita-cita besar dan optimistik serta minat untuk mengembara dan suka mencuba perkara baru. Lili berusia 23 tahun tidak bekerja, sedang menunggu peluang melanjutkan pelajaran. Lili kakak sulung kepada Audy sangat minat memasak, namun Lili meletakkan pelajaran sebagai perkara utama.



 




Kisah persahabatan yang mmberi inspirasi pada muslimah di luar sana...episod 1 da tgok..best juga la..slain dripda berlatar tmpat yang comel..plakon2nya pun lawa2,kan...best ja tgok klau smua pelakon kat mesia ni mmakai hijab...hukhukhuk





- Syukran Ma'Assalam -

2 comments:

Ara Nadea said...

macam best.. tapi kat umah sy ni kabur je stesen al hijrah ni.. cmno lah nak tgk..

hazanis said...

cantiknya mereka....

p/s:follow sini....hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...