Friday, April 6, 2012

Sayangilah Bonda Anda

tepat jam 11.11 minit malam..
dingin...
hujan yang membasahi bumi stelah sekian lama menyepi..
untuk malam ini..
aku terasa seprti merindui seseorang..
teramat rindu..

masa dulu dulu..
kalau g mmbeli belah..
mesti aku akan temankan dia..
mau minta beli baju..kasut..mesti dia belikan..
rasa bahagia...
even masa tu duitnya hanya cukup2 untuk berbelanja..

masa dulu dulu..
bila pergi ke sekolah..
mesti dia buat kan aku bekal..
xkisah la nasi goreng ka..roti kaya ka...
kekadang hanya mmberikan belanja seringgit untuk sarapan ku masa rehat..
rasa bahagia sangat..

tak lama lepas tu..
aku pula pergi keseberang tanah melayu untuk menuntut ilmu..
sepertinya mahu membawa dia bersama..
diberi masa selama tiga tahun untuk menuntut..
hanya setahun sekali dapat bertemu..
hanya gambar menjadi pengubat rindu..

tapi..pulangnya aku tidak mmberi berita gembira...
hanya redha di atas ketentuanNya..
jodoh ditangan Tuhan..
tangisan demi tangisan aku curahkan
dukanya aku hanya Tuhan yang tahu,
namun siapalah aku untuk tidak menerima takdir yang ditentukanNya..

kau lah penyembuh dikala aku sakit..
dikaulah penawar tika aku merindukanmu..
jika aku tahu kita akan berpisah lagi..
tidak aku persiakan setiap detik bersama mu

namun Allah masih sayangkan hambanya
dipertemukan kita walau hanya sebulan sekali..
aku bersyukur ya Allah..
akan aku pergunakan setiap saat bila bersamanya...

untungnya mereka yang dapat menatap wajah ibunya setiap hari..
namun penyesalan sesekali tidak pernah tercalit dijiwa aku..
inilah ujian yang perlu aku tempuh..
untuk kekuatan sebagai seorang hawa..


Ya Allah..engkau ampunilah dosa ibu bapa ku...permudahkanlah urusan dunia akhirat mereka...janganlah engkau biarkan mereka menderita atas kesilapan yang aku lakukan..semoga rahmat hidayah dan keberkatanMu sentiasa bersama mereka..amin...



bersama cinta dari anak kepada seorang ibu..

- Syukran Ma'Assalam -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...