Tuesday, April 30, 2013

Jenis Lelaki Yang Biasanya Orang Perempuan Suka

Assalamualaikum...


a. LELAKI YANG PRIHATIN 

- Mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap. Bukan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.





b. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR 

- Rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati wanita. Walaupun kurang rupa, tidak mengapa. Yang penting wanita sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit, dari sakit mata sampai sakit jiwa raga. Oleh itu hatinya amat perlu dijaga. Kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki, akan menjadi penawar segala bisa.





c. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA

- Kebebasan itu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak.




d. LELAKI YANG BERHATI-HATI 


- Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan orang perempuan. Orang perempuan kalau memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen. Jadi, biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.




e. LELAKI YANG WANGI 


- Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum wanita yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda dan jangan selekeh.




d. LELAKI YANG BERIMAN 


- Lelaki yang mampu membimbing bukan sahaja dirinya tetapi juga anak-anaknya untuk menuju ke syurga Allah.





- Syukran Ma'Assalam -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...