Sunday, February 2, 2014

Mizz Nina dipuji kerajaan Kelantan

Mizz Nina dipuji kerajaan Kelantan

Pendirian penyanyi wanita popular, Mizz Nina untuk mengadakan persembahan di hadapan penonton perempuan sahaja telah menerima pujian daripada kerajaan Kelantan.
Dipetik daripada laporan Sinar Harian baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, tindakan Mizz Nina itu dilihat menepati syariat yang sudah lama dinantikan.
"Saya menarik nafas lega atas pendirian Mizz Nina yang secara tegas mengehadkan persembahan di khalayak wanita sahaja.
"Wanita perlukan hiburan dan suara merdu adalah anugerah Allah SWT. Maka selayaknya kelebihan serta kebolehan itu disesuaikan dengan syariat, yang mana menyanyi di khalayak wanita dengan lirik bersesuaian, InsyaAllah akan dikira ibadat serta membawa keberkatan kepadanya," ujarnya.
Mumtaz turut berkata, penghijrahan Mizz Nina, 33, wajar diberi penghargaan lebih-lebih dengan kehadiran pelbagai genre lagu dan fesyen yang kini banyak mengagumi budaya barat.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Mizz Nina dan mendoakan agar istiqamah beliau dengan prinsip yang sebenarnya selari dengan tuntutan agama serta mendoakan agar Allah membalas usaha jihadnya," tambahnya lagi.
Sebelum ini Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman membuat keputusan enggan mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki selepas kembali daripada mengerjakan haji pada November lalu.

- Syukran Ma'Assalam -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...