Wahai bakal imamku..
Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..
Adakah aku layak mendidik bakal-bakal zuriatmu akan datang..?
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini.
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita. Dan bukan ku pinta.
Sekiranya engkau bakal menjadi imam pada solat malamku.
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga kita.
Wahai bakal imamku..
Aku tak minta paras rupamu yang kacak
Kerana kekacakkanmu tak akan kekal selamanya..
Wahai bakal imamku...
Aku tak minta dirimu memewahkan aku dengan kekayaanmu..
Kerana kekayaan yang dirimu miliki tak akan kekal selamanya..
Wahai bakal imamku..
Ikhlas dari lubuk hatiku ini.
Aku hanya inginkan dirimu dipenuhi cinta untuk ALLAH swt..
Kerana aku ingin menjadi pemaisuri hidupmu di dunia dan juga di akhirat..insyaAllah..
Wahai bakal imamku..
Aku ingin mencintaimu kerana ALLAH
Aku ingin menyayangimu kerana ALLAH
Aku juga ingin merinduimu hanya kerana ALLAH
Aku ingin kau seorang yang soleh
Agar kau mampu membimbingku menjadi solehah
Kerana aku ingin menjadi isteri yang solehah
Aku ingin kau mencintai ALLAH dan Rasul sebelum mencintaiku
Aku ingin kau merindui syahid di jalanNYA
Agar aku bisa menjadi bidadarimu di syurga
Aku ingin menjadi pendampingmu berjuang di jalan ALLAH
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh untukmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu

Dan andai ada salahku,
Tegurlah aku dengan penuh kelembutan dan kebijaksanaan..
P/s :: bercinta dengan ikhlas , itu adalah pilihan ..
cintai kekurangannya juga, jangan cintai pada kelebihannya sahaja ..
InsyaAllah... sehingga Ke syurga...
9 comments:
smuge bertemu bakal imammu :)
sayunya hati bila baca entri nie :))
tens for sharing :">
Ain Dzaya:Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥
Semoga menerima segala kebaikan. InsyAllah... syurga idaman buat semua.
Mira Adzlia : insyaAllah..ameeennn.. ^_*
Ain Dzaya : hihihihi..smoga btemu bakal imammu jua..
hasrul hassan > insyaAllah..syurga untuk kita smua..ameennn
romantiknya...
InsyaAllah..
Amin~ =)
wowooww....tu je yg mampu nk habaq haha
Post a Comment