Tuesday, January 15, 2013

Kenapa Aku Perlu Berhijab?


Kenapa aku perlu berhijaB??
adakah kerana desakan keluarga?
atau ingin mendapat pujian dikalangan manusia?
mungkin juga ingin menarik perhatian si lelaki yang bermata liar?
boleh jadi kerana mengikut fesyen terkini..
semata2...

kenapa aku perlu berhijab?
biar apa yang terlindung di kepala ku..
biar ia menutupi bukan membaluti..
mendongak ke atas lalu bermonolog..
sambil menuju ke lautan umat..

kenapa aku perlu berhijab?
biar apa bicara yang terpancar
biar apa terlafaz di setiap bait2..
biar ia berlalu seperti angin..
aku tetap bersama hijabku..

kenapa aku perlu berhijab?
sedari kecil ibu pernah berbicara dngan soalanku...
mengapa kanak2 lain tidak berhijab sepertiku?
si Ratu hatiku berkata..mereka juga bakal berhijab sepertimu..
alangkah gembira hatiku..ingin saja aku bersemuka dngan mereka..
tetapi apakah benar?

mengapa aku perlu berhijab?
dari soalan menjadi jawapan
Tuntutan Agama..
dari yang maha Esa..
Aurat terjaga..hati berbunga-bunga..
menjadi muslimah yang bahagia..
berdoa agar sentiasa istiqomah..

ku letakkan tudung itu dengan baik..
seakan dialah penyelamatku..
seakan aku tidak bergerak tanpanya..
seakan satu kewajipan telah terlaksana..
Alhamdulillah..biar sampai di akhir nyawaku..
akan aku bersamanya..
Hijabku Lillahitaala...


 firman Allah SWT: “Hai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali kerana itu mereka tidak diganggu”(Al-Ahzab:59)













P/s :: Iman itu letaknya dihati bukan dalam penampilan luar

- Syukran Ma'Assalam -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...