Friday, March 8, 2013

Kenapa Hari Wanita ini diraikan?





Hari wanita ini bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk meminta persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki.


Oleh kerana keistimewaanya ini wanita diberikan suatu hari penghargaan iaitu Hari Wanita dirayakan di seluruh dunia pada setiap 8hb March.

Ianya juga untuk menghargai setiap sumbangan para wanita tidak kira suri rumah, penjawat awam, aktivis masyarakat dan seluruh sukarelawan di mana saja mereka berada.

Dianggarkan sebanyak 36% tenaga kerja Malaysia terdiri dari golongan wanita dalam menyumbang kemajuan dan kemakmuran negara kita. Dan, mereka juga Agen Perubahan dalam landskap sosiopolitik masa kini.


Selamat Hari Wanita Sedunia buat seluruh kaum Hawa yang mencipta pelbagai pengorbanan dan sumbangan terutama para ibu, isteri-isteri, kabinet wanita, penjawat kerajaan/swasta, aktivis mahasiswi dan semua yang bergelar Wanita di dunia ini.









:: WANITA BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA ::

- Syukran Ma'Assalam -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...