Friday, August 2, 2013

6 Pengorbanan Besar Seseorang Usahawan


Dreams do come true, if we only wish hard enough, You can have anything in life if you will sacrifice everything else for it.
Pada entri kali ini, saya cuba kisarkan pengorbanan yang pernah saya lakukan dan saya fikir pengorbanan ini juga sering dilakukan oleh usahawan di luar sana.
1) Pengorbanan masa - Orang sering melaung-laungkan bahawa seorang usahawan mempunyai masa yang fleksibel. Tetapi tahukah anda bahawa rata-rata usahawan terpaksa bekorban masa berharga mereka untuk membangunkan perniagaan baru mereka. Tiada istilah seorang usahawan duduk diam dapat duit.
Saya sendiri telah melihat ramai rakan-rakan usahawan saya terpaksa mengorbankan masa peribadi mereka untuk menguruskan hal-hal penting berkaitan perniagaan. Oh ya, saya sendiri pernah merasai pengalaman menyambut hari raya Aidilfitri di pejabat!
2) Pengorbanan wang ringgit - Ini adalah perkara biasa bagi seorang usahawan. Tipu jika seorang usahawan tidak pernah mengorbankan wang ringgit mereka walaupun sedikit untuk membangunkan perniagaan. Sebagai seorang usahawan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit agar dapat mencapai kehendak yang mereka inginkan di dalam perniagaan mereka.
Sebagai contoh pada entri lepas, bagaimana saudara Sidry Sinar Inspirasi terpaksa bekorban dengan melabur wang ringgit sehingga ratusan ribu ringgit untuk memulakan perniagaan pakaian beliau yang belum tahu statusnya sama ada untung atau rugi.
3) Pengorbanan emosi - Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, ‘hati mau kering’. Tetapi sejauh manakah kering itu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.
Emosi seorang usahawan mudah tergangu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan. Mulut orang pakar fabrikasi dan pembunuh motivasi. Sebagai contoh diri saya sendiri, kalau terlalu mendengar cakap orang, sudah tentu saya akan berhenti dari menjalankan perniagaan Internet.
4) Pengorbanan impian - Apabila bekerja secara berkumpulan, kita perlu bekorban sebahagian kehendak peribadi kita kerana kita akan berkongsi impian dengan ramai orang. Kadang-kadang kita terlalu gemar untuk melakukan sesuatu perkara tetapi perlu dikorbankan demi kejayaan pasukan.
A team will always appreciate a great individual if he’s willing to sacrifice for the group.
Sedarlah bahawa ahli lain juga bekorban sebahagian keinginan mereka untuk melihat pasukan terus maju. Saya sendiri dulu cukup aktif dengan pemasaran affiliate, penjual produk digital dan beberapa perkara yang berkaitan ‘Internet Marketing’. Namun, sebahagian perlu ditinggalkan untuk kejayaan berpasukan.
5) Pengorbanan kasih sayang - Benar, wang ringgit tidak boleh membeli walaupun sedikit kasih sayang. Namun, majoriti usahawan yang saya kenali pernah mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya demi perniagaan yang hendak dibangunkan.
Bayangkan, ada rakan usahawan saya yang terpaksa meninggalkan anak isteri berminggu-minggu lamanya sebelum balik menjenguk. Kadang-kadang, keadaan kewangan kita sebagai usahawan yang baru nak naik ini tidak menentu, banyak kehendak ahli keluarga kita yang penting tidak dapat dipenuhi ketika ini. Semuanya mesti bertolak ansur.
6) Pengorbanan kepercayaan - Dalam sesetengah situasi, kepercayaan terpaksa dipertaruhkan demi perniagaan. Tidak hairanlah, kita sering dengar kerana perniagaan ada yang hilang kawan, ahli keluarga dan sebagainya. Semuanya bermula apabila janji yang kita berikan tidak dapat dipenuhi.
Kadang-kadang situasi yang menyebabkan kita tidak dapat memenuhi janji yang dilemparkan. Saya sendiri masih banyak janji yang masih belum dipenuhi gara-gara keadaan yang berputar 360 darjah. Bukan hendak menipu, tetapi keadaan yang menyebabkan kita masih tidak mampu untuk menunaikan janji tersebut walaupun dah berusaha sedaya mungkin. Di mata orang, kita penipu.

Perniagaan Adalah Satu Pengorbanan

Business is like life – it requires perseverance, self-denial, hard work, sacrifice, dedication and respect for authority.
Itu sahaja 6 pengorbanan mengikut persepsi peribadi saya sebagai usahawan yang masih mentah. Apa macam? Mungkin entri ini juga sebagai peringatan kepada individi-individu diluar sana yang bersemangat untuk memulakan perniagaan sendiri.
Jangan lah terlalu risau, kehidupan ini akan lebih bermakna apabila kita mampu bekorban untuk kebaikkan orang lain. Pengorbanan yang akan terbalas apabila kita berada dipuncak nanti. Ataupun di sana kelak.





- Syukran Ma'Assalam -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...