Wednesday, October 6, 2010

SAHABAT.TEMAN.KAWAN.RAKAN

assalamualaikum...

aku pon xtaw la benda ni BETOL ke x..tapi dorg ckap mengikut kajian benda ni mmg btol pon..n aku saja mau kongsikan notes ni kat blog aku..sja..mau ksai penuh2 ja kunun..hahahahha


*1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan

sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam

beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi

seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada

seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah

sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin

anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan

sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan

memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun

anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun,

caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang

bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk

memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit

diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari

untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.



Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada

seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik. *

Wassalam

TAMAT


- Syukran Ma'Assalam -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...