Tuesday, November 9, 2010

cerita si gadis



ini kisah aku..
dalam dunia aku..
bermula di alam maya..
suka berimaginasi..
berfantasi..
kini..
menjadi realiti...

satu....
kau luah apa yang kau rasa..
bait-bait rayuanmu seringkali terungkap di bibir..
menghubungi si gadis tidak kira masa...
tangis..tawa..duka..
ada kau kisah??
hanya cinta semata-mata menjadi kerakusan di jiwa kau..
sedangkan si gadis buntu disetiap pujuk rayumu...

dua....
si gadis hampir jatuh dalam dunia dustamu..
setiap kata-kata manisan yang kau lemparkan..
umpama lebah yang kelaparan mencari madu..
tika ini...
hanya mampu berserah kepadaNYA..
moga diselamatkan dalam dunia dustamu...

tiga...
bertanya si gadis..
dimanakah pagi..apakah siang dan dimana malam???

diam..

monolog angin hanya berlalu sekilas cuma..
si gadis meronta-ronta..
hanya titisan air mata yang menjadi peneman setia..
tika cintanya tidak dihargai..
pelbagai perasaan bermain dalam fikiran..
ia tidak bertahan lama..
masih mengharap pada cinta yang sementara..
namun..
cinta hakiki menjadi keutamaan dalam hidup....


last bukan terakhir..
dia bukan orang yang utama dalam hidup..
namun dialah pemenang dalam hati si gadis..
yakinnya dalam diri..
syukurnya pada Ilahi...
membuatkan si gadis menjadikannya teman dikala suka dan duka..
kini...
mata yang dipejam..akan celik tika mendengar namanya..
doanya pada yang esa tidak pernah putus...
semoga perhubungan ini menjadi hubungan yang halal..
dan ia kekal buat selamanya...
amin



- Syukran Ma'Assalam -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...