Showing posts with label luahan dayanQ. Show all posts
Showing posts with label luahan dayanQ. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Hanya Kerana Cinta


Assalamualaikum

Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu
Hanya kerana cinta aku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tidak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari Mu
Tidak ada yang lebih
Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah



#cukuplah Cinta Allah bagiku... l.i.r.i.k

- Syukran Ma'Assalam -

Tuesday, January 15, 2013

Kenapa Aku Perlu Berhijab?


Kenapa aku perlu berhijaB??
adakah kerana desakan keluarga?
atau ingin mendapat pujian dikalangan manusia?
mungkin juga ingin menarik perhatian si lelaki yang bermata liar?
boleh jadi kerana mengikut fesyen terkini..
semata2...

kenapa aku perlu berhijab?
biar apa yang terlindung di kepala ku..
biar ia menutupi bukan membaluti..
mendongak ke atas lalu bermonolog..
sambil menuju ke lautan umat..

kenapa aku perlu berhijab?
biar apa bicara yang terpancar
biar apa terlafaz di setiap bait2..
biar ia berlalu seperti angin..
aku tetap bersama hijabku..

kenapa aku perlu berhijab?
sedari kecil ibu pernah berbicara dngan soalanku...
mengapa kanak2 lain tidak berhijab sepertiku?
si Ratu hatiku berkata..mereka juga bakal berhijab sepertimu..
alangkah gembira hatiku..ingin saja aku bersemuka dngan mereka..
tetapi apakah benar?

mengapa aku perlu berhijab?
dari soalan menjadi jawapan
Tuntutan Agama..
dari yang maha Esa..
Aurat terjaga..hati berbunga-bunga..
menjadi muslimah yang bahagia..
berdoa agar sentiasa istiqomah..

ku letakkan tudung itu dengan baik..
seakan dialah penyelamatku..
seakan aku tidak bergerak tanpanya..
seakan satu kewajipan telah terlaksana..
Alhamdulillah..biar sampai di akhir nyawaku..
akan aku bersamanya..
Hijabku Lillahitaala...


 firman Allah SWT: “Hai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali kerana itu mereka tidak diganggu”(Al-Ahzab:59)













P/s :: Iman itu letaknya dihati bukan dalam penampilan luar

- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, July 19, 2012

‎"Hanya kerna dia Imam"

Assalamualaikum


Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya.
Lelaki yang mampu jadi Imam.
Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya.
Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam.

Hebat kan imam ni?

Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya.
Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam.

Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam?
Tidak ada syarat susah.
Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. 


 
Doa?

Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu.
Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan.

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim.

Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh.

Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap?

Itu semua boleh diperbaiki.Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba.
Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."

( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan.

Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.











P/s :: bercinta kerana Allah..InsyaAllah..sampai ke Jannah...ammiiinnn


- Syukran Ma'Assalam -

Monday, June 25, 2012

Memaafkan Lebih Baik Dari Membenci atau Berdendam



Disaat kita bersendirian dan kesepian..begitu berat beban hidup ini ketika kita disakiti atau dizalimi oleh orang yang kita sayangi atau orang lain..mengadu kepada Allah dengan tanpa disedari air mata itu mengalir membasahi pipi, tak kuasa untuk dibendungnya kerana perit dihati, 'Ya Allah, bagaimana caranya menyembuhkan luka hati ini?' 


Ujian dan dugaan tidak rela untuk dipikul sendiri. Suatu yang mustahil untuk mengubah apa yang sudah terjadi kerana luka itu teramat perit. Marah,dendam dan kecewa bercampur aduk, 'kamulah penyebab aku menderita begini!' Aku akan hancurkan kamu!' 


jika kita telah disakiti dengan begitu hebatnya kemarahan, hati menjadi mudah kotor dengan nafsu membalas dendam dan ingin kembali menyakiti perbuatan orang yang telah menyakiti hati.





Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup kita menderita. Kita harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati kita. 


Mohonlah ampunan kepada Allah untuknya. Sebenarnya kita termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah. Jika kita disakiti bererti kita sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekaligus diberikan kemudahan oleh Allah Taala. 


Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika kita tidak membalas tetapi bersabar dan memaafkan orang yang telah menyakiti kita maka Allah akan memberikan ampunan dosa-dosa dan Allah menganugerahkan kepada kita kehidupan yang lebih sihat, indah dan membahagiakan.




'Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan dzalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah. 


Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada dosa atas mereka. Sesungguhnya doa itu atas orang-orang yang berbuat dzalim kepada manusia dan melampaui batas dimuka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya perbuatan demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.' (QS. Asy-Syuura' 39-43).


















p/s : oh maafkan beta sekiranya hamba mmbuat kesilapan pada tuan2 hamba..ohoiiii..hihihi




- Syukran Ma'Assalam -

Wednesday, June 6, 2012

Quote 0606

Tuhan mengizinkan kita disakiti ,
agar esok kita tahu cara utk
mengubati orang yg terluka ..
Tuhan membuat kita menangis ,
agar esok kita mampu
menghibur orang yg bersedih ..
Tuhan menjadikan kita manusia
dgn kelemahan dan kelebihan ,
agar kita sedar dan tahu bahawa
dengan hanya BERDOA DAN BERUSAHA ,
Tuhan akan menjadikan segalanya
indah pada waktunya ..

- Syukran Ma'Assalam -

Monday, June 4, 2012

C. I . N . T . A



cinta….
entah, apakah kata itu bererti bagiku
akankah aku pernah merasakan keindahannya
kedahsyatannya, dan kelembutannya
rasanya mustahil…
sesuatu yang tak kan pernah terlintas dalam setiap langkah hidupku

namun, ternyata waktu berkata lain
sentuhan kata-katamu mampu menggapai relung jiwaku
untaian kalimatmu mampu membuatku berpaling
sesaat menikmati keindahan rasa itu
aku tak ingin berpaling lagi

cinta…
sesuatu yang tak kan pernah kubayangkan
mampu mengusik kesunyianku


















p/s :: mampoih la klau da berjiwang petang2 ni...

- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, May 10, 2012

Perangai & Kemahiran


kalau pandai masak tahap gaban pun,tapi xpandai jaga kebersihan bek xpayah la..better orang xpndai masak tapi tahu apa itu kebersihan...orang xpandai masak tu boleh belajar masak secara berperingkat dan akan menjadi kemahiran jika selalu di praktikkan..

tapi perangai..kalau yang xtahu jaga kebersihan payah skit..perangai camtu kalau da sebati dalam diri..memang susah sikit mau di ubah..


perangai bermaksud : sifat seseorang yang sudah sebati dalam dirinya..


Kemahiran : Sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.



Lancar kaji kerana diulang,
pasar jalan kerana diturut.

Bermaksud

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih.


sekian

sumber : DBP

- Syukran Ma'Assalam -

Monday, February 27, 2012

“TIDAK SEMPURNANYA AKU”

AWAK...!!
jangan diragui akan kesetiaan ku..
jangan membuat hati mu sentiasa ragu.
bila aku kata aku sayang ia bukan sekadar kata2
ia adalah satu rasa diberi yg ESA yg begitu ku hargai nilainya..

ku akui aku tak secantik bidadari…
tapi cukup bagiku utk bersamamu aku merasakan diriku umpama Puteri..
bila dirimu menjaga hatiku dgn penuh berhati2…
setiap kata yg terluah cukup tersusun indah..
mencintaimu membuat aku sentiasa yakin dgn segala keadaan yg aku lalui


bila ada yg iri ttg kita
dirimu seakan keliru..
ketahuilah Putera ku tiada sesiapa diantara kita..
tak mungkin hatiku semudah itu menerima cinta yg lain.
ada kamu dalam hidupku sudah cukup..…
MEMBUAT AKU RASA SEMPURNA DALAM “TIDAK SEMPURNANYA AKU”



- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, February 16, 2012

Kita Harus Sedar Kita Hidup Untuk Siapa?

bersikap tegang dengan aku bukan buat aku rugi hidup kat dunia ni pun...aku pegi kerja..aku balik kerja aku gembira..xkisah lah buat benda yang sama..aku masih boleh mngukir senyuman even senyuman aku x la cun mana pon kan..hahahha..tapi alhamdulillah bila aku dikelilingi si kecil yang pelbagai kerenah..pelbagai bnda yang mereka tunjukkan pada aku..aku bersyukur kerana si kecil itu lebih membuat aku bahgia daripda orang yang umur semakin banyak tapi tidak pernah menghargai kehidupan yang ada di sekelilingnya...

bila kesusahan menimpa..kenapa masa tu baru mencari kebahagiaan?kenapa perlu ke kiri ke kanan untuk mendapat perhatian?hidup kat dunia ni xperlu lah nak tunjukkan siapa bagus or x..just kita sedar siapa kita n selalu ingat yang kita ni bukan siapa2 pun...nama pun menumpang kat dunia sementara...so kena lah faham kita hidup untuk siapa...siapa yang kita sembah..

 

Bumi sekarang pun dah usang...makin tua..dalam masa yang sama kehidupan yang kita lalui sekarang ni pun semakin expired..so tak payah la tambahkan lagi penderitaan bumi ni..beban yang ada d dunia luar pun macam2 yang berlaku..tapi bagi yang mendidik si kecil tentang agama setiap hari,(tolak sabtu ahad) mungkin terkadang pernah terlupa yang kita juga harus mendidik dan tanamkan dalam diri sendiri even kita tidak bhagia mcam orang lain,tapi apa salahnya klau kita hidup untuk membahagiakan...sekurang2nya kebhagiaan dan ketenangan tu masih wujud dalam diri kita...

Maaf la kalau ada ayat2 yang merepek...sekadar tulisan..bukan bagus mana pun..hihihi..sayang semua..







- Syukran Ma'Assalam -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...