Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan n Happy Birthday

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur sebab Allah masih hidupkan kita kat dunia ni untuk mnikmati bulan ramadhan yang penuh keberkatan ni..masih banyak dosa2 yang perlu dibersihkan..so sempena bulan penuh keampuann ini,sama2 lah kita smua mengimarahkan bulan yang baik dari seribu bulan ni dngan beribadah kepada Allah..in shaa Allah.. :)


so bermulanya solat terawih..Alhamdulillah..selesai terawih malam yg pertama tadi...dalam bulan puasa ni mcam2 yang ada yang xda pada hari2 yang biasa..kan..contoh terawih..sahur..bazar ramadhan n paling penting berbuka puasaaaaa...yeyyyy...hahahahahha...

n jangan lupa niat uolssss.....jom baca reramai sebanyak 5 kali...hahhaha



ya Allah..semoga ramadhan kali ini ibadahku bertambah...tidak malas mmbuat kerja2..n paling penting aku x kuat tido..ahhahaha....in shaa Allah.. :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

n dalam masa yang sama today ada someone besday...9 Julai...so say Happy Birthday to him...YEYYY dia da tua..hahahhaha

to
MOHD AZRUL HAFIZ BIN GHAZALI
9 JULAI 1989


  • SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR N DIMURAHKAN REZEKI
  • SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN BERTAMBAH IMAN..
  • SEMOGA SENTIASA MNJADI PENCINTA ALLAH DAN RASUL
  • SEMOGA BERJAYA DI DUNIA N AKHIRAT
  • SEMOGA SENTIASA BERJAYA DALAM BIDANG YANG DIMINATI
  • SEMOGA MENJADI SEORANG YANG LEBIH MATANG

UHIBBUKA FILLAH ABDAN ABADA..IN SHAA ALLAH

- Syukran Ma'Assalam -

Wednesday, February 6, 2013

Sepupu Vs Anak Sedara vs Cucu Vs Cicit

ASSALAMUALAIKUM..

kalau story pasal bila seluruh ahli keluarga kita akan berkumpul?opkos jawapnnya masa raya Aidilfitri..kan?tapi kali ini aku dan seluruh kerabat keluarga telah berkumpul dan bersatu di majlis perkahwinan sepupu aku pda hujung tahun lepas..

bagi aku kira tu satu kenangan yang paling special di tahun 2012..yala..sedara2 yang jauh dari utara selatan timur barat semua datang di kampung untuk satu majlis besar..wahhhh..setelah sekian lama tak jumpa..da besar2 sepupu anak sedara smua..hahahahha..

jum cikidaut keluarga besar i yang super duper the best...yo yo yo...

mimit(sepupu)-AKU- jian(anak sedara)-patim (sepupu)
nana(adik)-liana(anaksedara)-Nia(anaksedara)-jiji(adik)-wawa(anaksedara)
ternyata kami semua da bujangan..awwww...*kalau orang sabah cakap sumandak2 suda*..kakakakka
antara kami ni sorang pon belom berumahtangga lagi ..ehem..terasa muda lagi lerh tew..hahahhaha

ha yang ni pula kerabat sedara aku..tapi yang pakai songkok tu ehem..my big boss okai..

semua my anak sedara...yey..

ok..yang ni gambar khas untuk anda semua..agak2 budak kecik tu da rupa orang umo duaploh x gayanyerrrr..hahahahaha.. credit to nana n nia



keluarga adalah aset terbesar dalam kehidupan kita..janganlah memecah belahkan darah daging kita sendiri..tanpa mereka siapalah kita di dunia ini...peace yaw...












P/S : agak2 sapo pula yang akan berumahtangga tahun ni...blink blink blink...




- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, July 19, 2012

‎"Hanya kerna dia Imam"

Assalamualaikum


Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya.
Lelaki yang mampu jadi Imam.
Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya.
Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam.

Hebat kan imam ni?

Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya.
Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam.

Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam?
Tidak ada syarat susah.
Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. 


 
Doa?

Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu.
Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan.

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim.

Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh.

Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap?

Itu semua boleh diperbaiki.Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba.
Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."

( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan.

Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.











P/s :: bercinta kerana Allah..InsyaAllah..sampai ke Jannah...ammiiinnn


- Syukran Ma'Assalam -

Tuesday, November 15, 2011

Andakah Lelaki itu?




Tarteel/tartil: Membaca al-Quran secara tidak terburu-buru dengan tempo yang perlahan (tidak terlalu lambat atau cepat), membetulkan lafaz dan sebutan huruf-hurufnya, serta menjaga hukum-hukum tilawahnya.

Firman Allah dalam Surah al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud:
"Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-perlahan."

dan Surah al-Baqarah ayat 121 yg bermaksud:
"..Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar."
________________________

Tajwid: ilmu yg menerangkan cara membaca al-Quran, tempat mula dan berhenti membaca, tempat keluar huruf, sifat huruf, makhraj, harakat dan sebagainya.
________________________

Tarannum: suatu ilmu atau kaedah seni suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

- Syukran Ma'Assalam -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...