Showing posts with label The Chenta. Show all posts
Showing posts with label The Chenta. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan n Happy Birthday

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur sebab Allah masih hidupkan kita kat dunia ni untuk mnikmati bulan ramadhan yang penuh keberkatan ni..masih banyak dosa2 yang perlu dibersihkan..so sempena bulan penuh keampuann ini,sama2 lah kita smua mengimarahkan bulan yang baik dari seribu bulan ni dngan beribadah kepada Allah..in shaa Allah.. :)


so bermulanya solat terawih..Alhamdulillah..selesai terawih malam yg pertama tadi...dalam bulan puasa ni mcam2 yang ada yang xda pada hari2 yang biasa..kan..contoh terawih..sahur..bazar ramadhan n paling penting berbuka puasaaaaa...yeyyyy...hahahahahha...

n jangan lupa niat uolssss.....jom baca reramai sebanyak 5 kali...hahhaha



ya Allah..semoga ramadhan kali ini ibadahku bertambah...tidak malas mmbuat kerja2..n paling penting aku x kuat tido..ahhahaha....in shaa Allah.. :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

n dalam masa yang sama today ada someone besday...9 Julai...so say Happy Birthday to him...YEYYY dia da tua..hahahhaha

to
MOHD AZRUL HAFIZ BIN GHAZALI
9 JULAI 1989


  • SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR N DIMURAHKAN REZEKI
  • SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN BERTAMBAH IMAN..
  • SEMOGA SENTIASA MNJADI PENCINTA ALLAH DAN RASUL
  • SEMOGA BERJAYA DI DUNIA N AKHIRAT
  • SEMOGA SENTIASA BERJAYA DALAM BIDANG YANG DIMINATI
  • SEMOGA MENJADI SEORANG YANG LEBIH MATANG

UHIBBUKA FILLAH ABDAN ABADA..IN SHAA ALLAH

- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, July 19, 2012

‎"Hanya kerna dia Imam"

Assalamualaikum


Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya.
Lelaki yang mampu jadi Imam.
Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya.
Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam.

Hebat kan imam ni?

Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya.
Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam.

Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam?
Tidak ada syarat susah.
Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. 


 
Doa?

Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu.
Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan.

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim.

Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh.

Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap?

Itu semua boleh diperbaiki.Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba.
Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."

( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan.

Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.











P/s :: bercinta kerana Allah..InsyaAllah..sampai ke Jannah...ammiiinnn


- Syukran Ma'Assalam -

Wednesday, April 18, 2012

Aku Ingin Mencintaimu Dengan Sederhana



Cintaku sederhana dalam kesederhanaan…
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu…
Cintaku sederhana dalam keterbatasan…
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu,
bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan…
 
Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya…
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus…
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh…
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka…
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan…
 
Cintaku sederhana,
namun terukir di hati yang tulus…
Cintaku penajam imanku…
Cintaku penebal keyakinanku…
 
Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia…
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi…
 
Aku ingin mencintaimu sederhana
baik dalam memberi dan menerima dengan seadanya.
 


- Syukran Ma'Assalam -

Monday, February 20, 2012

Perasaan


cermin dan kaca..
jangan di jatuhkan..
jangan dipecahkan..
lapkan nya setiap masa..
jika jatuh,jika pecah..
akan tinggalkan parut..
mustahil untuk sambungkan semula..
cubalah seratus tahun?? seribu tahun?? ..
ia tidak akan sentiasa sempurna seperti dahulu..

#itulah perasaan perempuan .

Ya Allah.. ku mohon ubahlah kesedihan ku ini menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata ku ini menjadi senyuman..

- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, December 29, 2011

Terima Kad Jemputan Super Tomey


ok ekceli xda apa pon aku maw post tuk ari ni..so sambil temankan c nana tu tgok live chat ngan Zikir n Dhia di TV3 online..sambil2 tu jga hapdate apa2 bnda yg hlangkan kboringan gua..ye dak??

mo crita skit la kn..meh dekat sni...kad jemputan kawin kat atas tu bukan i yg kawin taw.. aku saja maw tayangkan ngan kamu2 shemua...sebab aku tertarik ngan kad jemputan tu..sweet sngat n terlalu comel i think la...mmg la tgok cam ala2 kebaratan skit..tapi ni kan just kad jemputan jewk...simple but nice daddy i cakap taw..hahahha..

jmputan dari dari jiran sbelah umah aku ja..ada budak hanto kat umah aku awal2 pagi...sriesly budak tu mmg mau kejutkan aku 1 family dari tido...dia pnya salam mak ai..boleh 1 kg kowt dngar..tapi problem nya sorang pon xda yg bngun..aiyak..last2 aku juga yang bngun p buka pintu...buka pintu ja..lorh ingat org mau sedekah daging rusa ka apa...kad jemputan kawin upanya..hurmmm..skali aku buka bnda yg aku ckap mmula " ala tomeynya kad "..ahahhah lbih kurang gtu la bedah oi..haaaa...even xdala secomel kad kawin Noh ngn Mizz Nina tu..(mau jga msuk nama tu)

haaa...apa2 pun SELAMAT PENGANTIN BARU kpda yang bakal2 pengantin yg melangsungkan perkahwinan n kpda yang da pun berkahwin baru2 ni...tahniah2.. semoga berbhagia hngga akhir hayat..aminnn...

sambil2 tu jom amik mud pegi umah orang kawin ngan lagu ni..layaaaannnn..jom makan preee..yey~~~hahahaha


horeeeyyyyyyy

tata

- Syukran Ma'Assalam -

Temui Jawapanmu Pada Sebuah Istikharah Bukan Sekadar Cinta


Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.
Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''
 Astaghfirullah.
Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'
Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.
Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'
Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.

Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.
Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.
Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?

- Syukran Ma'Assalam -

Saturday, December 24, 2011

Hati tu bersuara Lagi !!

Assalamualaikum...

entry yang xda makna buat sapa2 pon..n better anda xpayah bca..sebab akan mnyebabkan anda sakit perut klau mmbcanya..

bercerita tentang hati aku yang memahami situasi seseorang..sries aku cakap memang payah..kekadang aku mahu singkirkan bnda2 yg negatif sebab akan memburukkan lagi keadaan..tapi sampai bila?aku takut bnda ni akan berterusan dan terus mnguasai fikiran aku d masa akan datang..dan ia akan menyebabkan keretakan  perhubungan yg sdia ada..memang aku tpu la kan klau aku cakap aku xda rasa apa2,tapi mungkin kputusan yang aku buat ni ada kebaikan untuk kami berdua..maaf kalau ayat aku ni bleh dikatakan owh so gedik n mngada2 ok...wat ever la kn...tapi now blog aku adalah teman aku yang paling setia xkira aku happy sedih marah..smuanya akan terluah kat sini..even ramai yanng akan mngetahuinya..maaf jika entry ni buat anda rasa muak..weeekkkk..ok xpayah la type lelbih kan..yang len biar aku simpan ja..orite alls..

menunggu sesuatu yang tidak pasti..memang mnyakitkan..


- Syukran Ma'Assalam -

Monday, December 19, 2011

Love Story






ramai org duk share2 bnda ni kat efbi..so aku share lerh kat belog ni yer..hihihihi

- Syukran Ma'Assalam -

Saturday, December 10, 2011

Jodoh dan Pertemuan


JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah.. Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melal
ui mimpi.. Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI.. Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya.. Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi PANDUAN untuk bercinta..♥♥♥

Cinta dan kasih sayang MANUSIA hanyalah SETITIS jika dibandingkan dgn selautan cinta dan kasih sayang Allah.. Sekiranya dirimu KEHILANGAN cinta yang setitis ini, Janganlah dirimu RISAU dan GUSAR kerana kamu masih punyai SELAUT kasih Ilahi..♥♥♥

- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, December 8, 2011

10 nasihat untuk orang bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


- Syukran Ma'Assalam -

Tuesday, November 22, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Andakah Lelaki itu?




Tarteel/tartil: Membaca al-Quran secara tidak terburu-buru dengan tempo yang perlahan (tidak terlalu lambat atau cepat), membetulkan lafaz dan sebutan huruf-hurufnya, serta menjaga hukum-hukum tilawahnya.

Firman Allah dalam Surah al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud:
"Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-perlahan."

dan Surah al-Baqarah ayat 121 yg bermaksud:
"..Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar."
________________________

Tajwid: ilmu yg menerangkan cara membaca al-Quran, tempat mula dan berhenti membaca, tempat keluar huruf, sifat huruf, makhraj, harakat dan sebagainya.
________________________

Tarannum: suatu ilmu atau kaedah seni suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

- Syukran Ma'Assalam -

Tuesday, November 1, 2011

Untuk Dia...




Demi ALLAH Yang Maha Esa,
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta-MU..
Menitis air mata tatkala merindu..
Menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…

kerana aku tetap yakini.. ALLAH menyatakan:
❝ Wajiblah cinta-KU kepada orang-orang yang berkasih-sayang kepadaKU



Aku tak sanggup berjanji, hanya mampu katakan aku cinta kau saat ini, entah esok hari, entah lusa nanti, entah apa yang terjadi antara kita,semuanya sudah tertulis dan apa2 yang berlaku antara kita selepas ini,hanya redha dengan ketentuanNYA,DIA akan memberikan yang terbaik untuk setiap hambanya..maka pilihlah jalan terbaik itu...

- Syukran Ma'Assalam -

Monday, October 31, 2011

im sorry




A good apology has three parts:

1. I am sorry,
2. It is my fault,
3. What can I do to make it right...

But most people miss the third part - If you want to say sorry, mean it and do something to make it right




- Syukran Ma'Assalam -

Friday, October 14, 2011

ko ingat ni benda main2 ka??





x paham lagi??

jangan memain laaa...aku serius ni...

hahahhaha...


- Syukran Ma'Assalam -

Sunday, October 9, 2011

Titipan Buat Wanita


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.


Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.



- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, October 6, 2011

Kamu bercinta?selamat bercinta sampai ke SYURGA!!

Dengarlah pesananan ini

. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH ~

- Syukran Ma'Assalam -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...