Thursday, July 19, 2012

‎"Hanya kerna dia Imam"

Assalamualaikum


Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya.
Lelaki yang mampu jadi Imam.
Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya.
Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam.

Hebat kan imam ni?

Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya.
Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam.

Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam?
Tidak ada syarat susah.
Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. 


 
Doa?

Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu.
Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan.

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim.

Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh.

Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap?

Itu semua boleh diperbaiki.Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba.
Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."

( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan.

Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.











P/s :: bercinta kerana Allah..InsyaAllah..sampai ke Jannah...ammiiinnn


- Syukran Ma'Assalam -

3 comments:

GBM said...

Betul tu, lelaki yang hebat tidak perlukan duit yang banyak.. kereta yang mewah, rumah yang besar.. tapi lelaki yang hebat ialah mereka yang mampu menjadi imam dan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

♥ نورهازانه ابراهيم ♥ said...

betul betul betull...sokong 200 pratus..hihihhi

Mira Adzlia said...

yup..setuju!lelaki yg macho, ensem & kacak adlh lelaki yg mmpu jd imam & ketua kluarga yg baek :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...