Showing posts with label hijab. Show all posts
Showing posts with label hijab. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

Bertunang???

 Assalamualaikum...

sepa yang bertunang?akukah?owh kalau gua yang bertunang sudah tentu 1 dunia akan terkejut bak beruang comel.. - comel sangattttt- ....pada 2 mac aritu..tetiba aku mengidam mau jumpa seseorang yang da berbulan2 aku x date ngan dia...oh sungguh ku rindu melemparkan luahan2 aku kat dia..kakakakak..*nmpak x semata2.. : p *...

sempena hari lahirnya pada 1 mac tu...gua ada chat dengan beliau (gelaran xleh blah)..besa la org besday...da tentu2 akan wish kat fb..jimat sket..kakakkaka...chat pnya chat ttba terpikir eh gua da lama x jmpa ngan minah sorang ni..apa kata gua ajak dia kuar -bgitu la kata hatiku-hahhaha..

kebetulan pula dia ada tujuan yang teramat2 penting dan akulah orang paaaaaaaliiinnnnngggg exited masa tau yang dia bakal bertunang dengan jejaka pilihan beliau..oh tidak ku mnyangka hanya beberapa tahun mngenali beliau..kami rapat then now dia bakal dimiliki orang orang lain..

so tujuan my siz ni kluar pun sebab dia ada tempah baju bertunang kat 1 butik di kk plaza n pendesign baju tu suruh datang tuk to the test test test baju tunang tu sbelom dihias2 ngan memanik..memula aku masuk butik tu wow..bnyak giler baju pngantin..da mcam aku pula yg cari baju tuk nikah..bukan main aku tnya itu ini ngan akak yg design baju..muka dia pun da cam mau x mau ja melayan..kakkakakaka...org lain yang mau tunang..aku pula tnya mcam2..aihhhh.. kikikiki

tadaaaaaa..ni la butik akak tu...nama tu cam kenal ja kan..hoi jah..ko ada butik pngantin kt sabah diam2 pla ko a..hahahhahahah.... opsss tanjat dijah...hahhahahha

jeng jeng jeng...sampai2 ja terus tgok design baju tu..lawa beb..kak suzen yg design..dia buat fesyen peplum...ala yg pemes jaman sekrang ni..hihii

nampak x muka risau sebab dia cakp baju tu cam terlalu ketat..mak oi...akak ni bkan la gemok sngat..aku pegang baju tu pnya la bnyak angin boleh menari2 kat dalam baju tu..hahhahaha...

disebabkan aku tidak dapat menghadiri majlis tunangnya kat semporna yg skang ni ngah kecoh ngan pencerobohan..so gua pn mnyempat la amik gambo ngan kak suzen...even x siap lagi..hahhahaha



lepas dari butik..kami jenjalan la area kk..borak2..tetiba perut pun ikut borak..lagi lancar dia berborak...hahahha lapar seyyyy..apalagi cari tmpat tuk melantak sebelom perut ni membebel ngan lebih lancang..kakakkakak..kami lepak kat pizza!!



memang kenyang alhamdulillah..makan dua orang..tapi oder macam 10 orang yang makan..nmpak x ko dayang..membazir ja keja..hikhikhiikhik...




alololo ni la dier makcik yang besday..memang khusyuk melantak..lapo.. :)


jalan punya jalan..tetiba aku terpesona sambil mata berkilau2 ngan 1 kedai kasut yang unik..semua kasut ada tempat tinggal masing2...n aku rasa kasut2 tu semua dorang design sndri dari kilang...memang best2 juga la..klau pengggemar kasut yang tegar n ada hobi mngumpul kasut..sila lah datanng ke Suria Sabah yer di ground floor..nama kedai?korang cari sendri..kena berdikari yery..ahhahahahhaha


last picca sebelum berangkat ke ghumah masing2...gambar memang x lepas la kan..kat dalam keta ngah memandu pun boleh..tgok la sepa drive...hahhahahaha



Alhamdulillah..dengan izin Allah..aku ngan akak yg tersayang jumpa juga sebelum beliau separuh mnjadi hak milik orang..lepaih ni boleh lepak2 lagi na.. :)













nota hujung jari :: semoga hingga ke jinjang pelamin n bahagia dunia akhirat :)
- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, February 21, 2013

wordless Thursday : Edisi Dato Siti NurHaliza

Assalamualaikum..








TerTutup Itu Indah !!










Nota Tangan :: Bila seseorang mendapat hidayah..sungguh indah bila sesiapa yang merasainya dengan rasa bersyukur...semoga ramai lagi artis d mesia ni menutup aurat dengan sempurna...amiinnn

- Syukran Ma'Assalam -

Sunday, February 3, 2013

Cinta Itu Milik Allah..


Assalamualaikum...















P/s :: bila malas menaip..hanya gambar yang mampu bercerita  ^_^

- Syukran Ma'Assalam -

Wednesday, January 30, 2013

Aku Cinta Muhammad S.A.W [Edisi MaulidulRasul ]

Assalamualaikum..



cerita yg da lepas tapi still lagi hati ni mmbuak2 mau post..hahaha..hari khamis lepas ada program smpena maulidulrasul kat kampung tempat aku ngajar..n pertama kali aku mengikuti perarakan dengan orang orang kampung sini..oh songguh meghiah..

seawal jam 6.30 pagi aku da dengar kat dataran sekolah bebudak berlari..semngat berarak katanyerrr...da kumpul2 semua..terus di arah ke padang untuk mengambil tempat berbaris..perggghh!!bukan main lagi sampai tapak orang lain dorang buat barisan..terbayang x keramaian bebudak tym tu...kitaorang just ikut pertandingan katagori paling ramai..

ikut bertanding la sangat..da la xda sepanduk..ramai ja lebih..orang tengok pon ni xpayah kira da konfem2 menang..sebab kontinjen dari kampung lain 20 - 30 orang ja..ohsem sesangat anak murid aku ni semangat meraikan maulidulRasul..



camni la keadaan barisan bebudak tu..ramai x ramai x?hakhakhak..korang rasa dapat x guru2 kawal budak seramai ni..memang x la kan..so mana yang aku nampak buat benda gila..saun terus..oh guru garang la katakan..*sangaaatttt*...



bebudak tangga..hahahha..aku ngan akak tengah2 tu da boleh pegang sepanduk..sebab kitaorang macthing giteww..tapi malang nya sepanduk tidak dibuat..so interprem ja lebih..hahhaha


antara penduduk kampung yang mengikuti perarakan..memang terbaekkk laaa...anak2 dorang kat barisan sekolah..yang mak bapa dorang ikut barisan kampung...oh suwit anak ngan parent bertanding..hahhahah



ni masa perarakan..kitaorang round beberapa kampung kat sekitar lohan..best juga..berjubah2 pun dapat bersenam..jauh juga perjalanan kami aku rasa..n dalam masa yang sama aku tertumpu dengan keindahan pemandangan sambil kami berarak..SUBHANALLAH..dengan bukit bukau..pastu kabus2 lagi..memang best sesangat...hikhikhik..tapi jangan lah setakat berarak ja lebih..kat mana2 pun kita..apa pun keadaan..jangan lupa untuk berselawat ke atas Junjungan Besar Muhammad S.A.W...

Sambil berarak..Sambil berselawat..semoga mendapat syafaat di akhirat kelak..In Shaa Allah...


Photo: <3 <3 <3

-alyaa-














P/S :: kitaorang menang la katagori ahli paling ramai..wakakkakakakka



- Syukran Ma'Assalam -

Tuesday, January 15, 2013

Kenapa Aku Perlu Berhijab?


Kenapa aku perlu berhijaB??
adakah kerana desakan keluarga?
atau ingin mendapat pujian dikalangan manusia?
mungkin juga ingin menarik perhatian si lelaki yang bermata liar?
boleh jadi kerana mengikut fesyen terkini..
semata2...

kenapa aku perlu berhijab?
biar apa yang terlindung di kepala ku..
biar ia menutupi bukan membaluti..
mendongak ke atas lalu bermonolog..
sambil menuju ke lautan umat..

kenapa aku perlu berhijab?
biar apa bicara yang terpancar
biar apa terlafaz di setiap bait2..
biar ia berlalu seperti angin..
aku tetap bersama hijabku..

kenapa aku perlu berhijab?
sedari kecil ibu pernah berbicara dngan soalanku...
mengapa kanak2 lain tidak berhijab sepertiku?
si Ratu hatiku berkata..mereka juga bakal berhijab sepertimu..
alangkah gembira hatiku..ingin saja aku bersemuka dngan mereka..
tetapi apakah benar?

mengapa aku perlu berhijab?
dari soalan menjadi jawapan
Tuntutan Agama..
dari yang maha Esa..
Aurat terjaga..hati berbunga-bunga..
menjadi muslimah yang bahagia..
berdoa agar sentiasa istiqomah..

ku letakkan tudung itu dengan baik..
seakan dialah penyelamatku..
seakan aku tidak bergerak tanpanya..
seakan satu kewajipan telah terlaksana..
Alhamdulillah..biar sampai di akhir nyawaku..
akan aku bersamanya..
Hijabku Lillahitaala...


 firman Allah SWT: “Hai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali kerana itu mereka tidak diganggu”(Al-Ahzab:59)













P/s :: Iman itu letaknya dihati bukan dalam penampilan luar

- Syukran Ma'Assalam -

Sunday, January 13, 2013

Sambutan Ambang 2013 Titik titik Penghijrahan Diana Amir

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..entry 2013 kini baru sahaja bermula setelah lama belog yg da bersawang ni tidak dipeduli..    *ok abaikan *

jadi untuk pertama kalinya di tahun 2013..konon2 mcam perasmian la..hahaha..saya ingin kongsikan vid dri DIANA AMIR yg mna kita pun sedia maklum yg beliau suda berhijrah tahun lepas..kat vid ni beliau kongsi sdikit tentang perjalanan beliau sebelum dan selepas berhijrah ke arah yg lebih baik..mudahan2 kita juga tidak tlepas diberi hidayah dari Allah..In Shaa Allah.. 
jom layan sat... :)
























P/s : maaf..blog ni bukan d delete..just d private dsebabkan ada masalah2 kritikal..wah..hahahah

- Syukran Ma'Assalam -

Wednesday, March 28, 2012

Alhamdulillah..Abby Abadi turut berhijrah

Assalamualaikum

The next entry aku adalah....jeng jeng jeng..no gosip2 ok...just mahu bkongsi ssuatu yg baik untuk kita smua..Inspektor Halizah a.k.a Abby Abadi.kenal kan..hahhahah

bila aku nmpak muka Abby Abadi berhijab kat fb..aku pun dngan smngat mahu berkongsi penghijrahannya kearah yang lebih baik...

Aku suka sngat kat Abby Abadi ni sebab hati dia terlalu kuat untuk menghadapi ujian yang menimpa dirinya seperti mana yg kita ketahui...semoga penghijrahan ini akan berterusan dan kekal..n semoga beliau sentiasa tabah dalam segala dugaan yg diberikan .insyaAllah...










Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja.
Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah. 



- sumber -


Doaku ::



P/S ----->>>  semoga kita semua juga diberikan Hidayah dan Rahmat dariNya...amin

- Syukran Ma'Assalam -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...