assalamualaikum..
disebabkan gua sndiri pun bertudung..tetiba terlintas pula mau buat entry tentang benda ni...yala..xguna klau kita bertudung tapi masih dalam kategori orang2 yang rugi..mahu berkongsi untuk kebaikan sendiri dan orang len..beringat2 n saling berpesan2..kan3..
Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung mengikut fesyen dan memandang sinis wanita bertudung tetapi masih melanggar hukum agama. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.
Fesyen tudung juga berubah dari zaman ke zaman. Pelbagai jenis tudung yang menjadi ikutan para wanita seperti tudung bawal, tudung Dato K, tudung Ekin, tudung Yuna, tudung awning la.. Yang untung ialah penjual tudung.
Trend wanita sekarang yang suka memakai tudung ala Arab Syria yang nampak cantik jika dipadankan sanggul tinggi. Katanya jika rambut pendek boleh beli ‘sanggul palsu’.
Namun begitu, jangan terperanjat ada hadis berkenaan dengan sanggul tinggi ni.
Hadis di atas bukan sahaja berkenaan dengan sanggul tetapi juga berkenaan dengan fesyen perempuan zaman sekarang yang bertudung tetapi memakai baju yang singkat,jarang , nipis dan sendat. Bertudung tetapi memakai t’shirt lengan pendek, berbaju pendek sehingga nampak yang x sepatutnya.
bayangkanlah kalau tym kita blajar..da la yang sanggul tinggi ni kat duk kat depan...so yang blakang tu tgok ap?mo blajar ap?so pkir2kanlah yer wahai saudara seagamaku..
Kalau nak bertudung, ikutlah syariat. Cantik-cantik juga, tapi hukum jangan dilupa.
sayonara!!
No comments:
Post a Comment