Sunday, June 26, 2011

keserasian mengikut Hierarki!!

assalamualaikum..

hey kamu dsana...entry kali ini aku just mau berkongsi la kunun tentang keserasian kita ngn pasangan kita mngikut hierarki...tetiba pla terbelek pastu terbaca kat 1 artikel..so terlintas pla mau kongsi..bleh ba kan...jum join me...!!


1. TENGAH DENGAN TENGAH

Pasangan ini sgt sesuai dan boleh melakukan aktiviti yg mereka sukai. mereka sangat selesa bersama. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan sentiasa ingin berdamai.

2. SULUNG DENGAN SULUNG

Hbgan pasangan ini berpeluang besar utk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dlm menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan pengorbanan jiwa yg besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti itu.

3. SULUNG DENGAN TENGAH

Sudut negatifnya dari perhubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah utk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi utk sesiapa sahaja. Namun, ia sering kali menganggap si sulung lebih suka menggertak dan menakutkan. Jika ank tengah berpasangan dengan ank sulung, mereka harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti ank bongsu, mereka dpt menjadi pasangan yg cukup serasi.

4. TENGAH DENGAN BONGSU

Hubungan ini akan berjalan dgn lancar, apabila si ank tengah cenderung bersikap seperti ank sulung. Jika ank tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yg lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri.

5. SULUNG DENGAN BONGSU

Kombinasi yg selesa. Si sulung dapat mengajar pasangannya utk bertindak lebih teratur dan dewasa terutamanya saat menghadapi masalah yg sukar. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai dan sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

6. BONGSU DENGAN BONGSU

Bersama pasangan yg seirama memang menyenangkan. Namun, apabila tidak melihat kenyataan tentang konflik kehidupan dengan betul, mereka sukar utk mengawal situasi. Kedua-duanya lebih bersifat manja dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.


PESANAN PENAJA :

Hubungan yang dijalinkan sebenarnya bergantung kpd persefahaman dan jodoh yg telah ditentukan oleh Allah SWT...

- Syukran Ma'Assalam -

1 comment:

'CikMimiEy' said...

nice info ... ^^

keep it up !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...