Showing posts with label info dayanQ. Show all posts
Showing posts with label info dayanQ. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

10 Tips Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Bergaduh Dengan Pasangan




1) Jangan Bersyarah

Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.



2) Jangan Balas Dendam


Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!



3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.



4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat "terasa", jangan terlalu sensitif atau "take it too personal". Keadaan yang tengah "panas" boleh buat anda terlepas cakap. Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu, kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja "melepas" cakap tanpa berfikir panjang.




5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil


Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.




6) Mendengar Dengan Teliti


Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.




7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa

Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!




8) Jangan Serang!


Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.




9) Mesti Hormat


Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.




10) Jangan Tinggalkan


Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.


















p/s :: Oleh itu, jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung- renungkan…

- Syukran Ma'Assalam -

Wednesday, April 17, 2013

Tips Kesihatan Nabi Muhammad SAW


Sunnah makan




Kesihatan perlu dititikberatkan oleh setiap orang. Jangan sesekali mengambil remeh perihal kesihatan. Di sini, disediakan sedikit artikel berkaitan tip kesihatanyang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang sering orang ramai terlepas pandang.
Jom kita lihat tips-tips menarik di bawah ini.

Empat Tip Kesihatan Nabi

Tip Pertama:
Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang.
Tip Kedua:
Nabi melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masalah perut tidak selesa.
Tip Ketiga:
Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.
TipKeempat:
Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia akan menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.
Semoga tip yang diberikan mampu diamalkan walaupun sedikit. Moga kita dapat mengambil manfaat daripada tip yang telah diberikan.














- Syukran Ma'Assalam -

Wednesday, July 25, 2012

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya. 
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
 
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
 
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
 
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
 
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
 
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
 
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. 
 
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1.   Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2.   Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3.   Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4.   Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
 
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.






- Syukran Ma'Assalam -

Friday, July 13, 2012

Senyumlah..Tak susah pun ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

senyum seindah suria..kan membawa cahya..
senyum lah dari hati..
dunia mu berseri..
senyum..kepada semua.
senyumanmu..amatlah berharga..



Antara kelebihan kita senyum ni banyak sangat..tapi aku hnya dapat senaraikan beberapa ja k ::

# senyuman adalah salah satu sedekah yang paling mudah untuk kita lakukan..lagi2 pada hari jumaat yang indah ini..jom sedekahkan senyuman anda,xmo buat muka masam..hihi

# Senyuman kita juga membuatkan orang disekeliling kita senang bila bersama kita..

# dengan senyuman juga rasa marah kita akan berkurangan sedikit demi sedikit...

# hilangkan tekanan?tarik nafas perlahan2 dan hembus..disertakan dengan senyuman yang       manis..insyaAllah..tekanan akan hilang..

# mngikut kajian..dengan senyuman ni juga kita boleh kurangkan kedutan2 yang terdapat di muka kita,ala2 awet muda la tu..hihihi

# pengaruh senyum ni sangat besar..contohnya bila kita senyum dngan orang lain,otomatik orang tu akan senyum kpda kita smula,so kan da dapat pahala kat sana,dapat juga eratkan sillaturrahim..InsyaAllah..




so tunggu apa lagi..senyum lah sekarang..mesti manis..smile!!!!












P/S :: jangan pulak ko senyum sorang2..tu da len pulak jadinya..hahhahahaha

kalau ada yang mau tambah kelebihan senyuman tu,boleh la komen kat bawah ni yew..



- Syukran Ma'Assalam -

Thursday, July 12, 2012

Wanita!! BacaYang Ni!!

" MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN 

BARU WANITA"






RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

- Syukran Ma'Assalam -

Tuesday, July 10, 2012

Hoore!! Horee!! Untuk Mereka Yang Kurang Berkeyakinan!!

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada sekalian umat yang sudi berkunjung ke belog gua yang x seberapa kiut miut ni,tapi tuannya maintain kiut ok..wah untung laaa...*ada org xsuka ayat ni*

aku ni boleh dikira ketinggalan cerita2 melayu yang ngah ditayangkan kat pawagam2 seluruh mesia,even pawagam sbelah umah aku pun,ntah pegi kew idak..kalau org belanja len cers la..hakhakhak..

disebabkan aku skg bertugas kat daerah ranau nun jauh dari umah aku,so aku pun kiranya perantau bertauliah yang disegani sebnarnya,*muntah sekarang*..hahhahaha,n bersyukur la disediakan umah guru,tapi xda tv..so keboringan tu memang amat ketara yew...ekceli aku da lari tajuk sebenarnya..muahahhahah...

diringkaskan cerita dongeng aku ni,area kampung tmpat aku bertugas ni dsediakan jalur lebar untuk penduduk kat sini * bangga dapat btugas kat sini*..so bila aku boring2,terasa pula mau nengok cerita yang ada skg,n aku dngar cerita yang bnyak guna lagu sudirman tu best..ala yg ada  Akim AF7 tu...erghhhh...

tengok cerita kat youtube ni kena ada kesabaran yang betul2 halus..kalau xda kesabaran,memang laptop ko akan jadi mangsa penderaan..wah..so aku tengok skit2 la...n secara keseluruhannya memang terbaek la..memang bnyak benda yang leh kita jadikan contoh kat cerita tu..

kat bawah ni aku list apa yang boleh kita dapat dalam cerita ni..

# kat dunia ni,walau apa benda yang kita buat pun,restu ibu bapa adalah amat penting dan perlu di utamakan..

# kecantikan yang ada pada seseorang tidak menjanjikan kejayaan dalam sesuatu pertandingan!!

# jangan nilai seseorang berdasarkan paras rupa yang cantik,sebab bila2 masa saja ia akan hilang..

# teman sejati ialah teman yang akan ada bila bila masa xkira susah atau senang..

# Bukan kita yang tentukan samada kita ditempatkan Syurga atau Neraka

# Sahabat yang terbaik adalah sahabat yang tak pernah berubah hati walau dalam apa  jua keadaan.

# Keyakinan diri datangnya dari hati..tidak perlu takut untuk tunjukkan keyakinan kita pada orang lain..

# keyakinan perlu ada untuk berdepan dengan orang ramai terutamnya dengan orang2 yang selalu merendah2kan kita..

# tidak semua orang akan puas hati atas kejayaan yang kita kecapi..

walaweeehhhh da mcam pakar motivasi pulak gua ni..hahhahahah..tapi itu yang aku dapat dalam cerita ni...memang memberi inspirasi kepada sesiapa yang betul2 mengamati cerita ni,bukannya just syok kat c Rita (killafairy) tu..ahakssss...

orang besar besar ni..kiut apa!!



Nurfarah memegang watak sebagai Iman iaitu gadis montel yang ingin keluar dari kepompong ketakutan dengan menceburi pertandingan Ratu Idola bersama-sama Rita lakonan Kilafairy.(lawa juga dia ni kan)











P/s : jika kerna paras rupa kau jatuh cinta..cinta itu akan hilang bersama pudarnya kecantikan itu..

- Syukran Ma'Assalam -

Wednesday, July 4, 2012

Oh!! My Jawi !!!

Siri komik bertajuk ‘Anor & Miaw’ ni dilukis oleh saudara ‘Emit’ Ahmad Nazri.So jangan biarkan anak2 kita just tahu berbahasa omputih,apa salahnya klau dia tau mmbaca jawi...mudah pun mudah..kan kan kan..lagi2 kalau tahu bbhasa arab,memang terbaekk la wokkk..hahahha...


so jom kita belajar membaca jawi...yey... *komik ni boleh dibaca oleh semua peringkat umur*
jom kita praktis membaca jawi bramai2..

komik kartun jawi anur dan miaw

komik kartun jawi anur dan miaw

komik kartun jawi anur dan miaw


komik kartun jawi anur dan miaw

komik kartun jawi anur dan miaw


komik kartun jawi anur dan miaw

komik kartun jawi anur dan miaw

Alhamdulillah..semua dapat baca jawi kan?maaf la..tak da suibtitle pla...hahhahahaha...jangan malu untuk belajar,tetapi malulah bila satu hari nanti anak2 kita akan btnya tntang huruf2 jawi,tapi kita garu2 kepada..aih..xmo cam tu...











P/s :: bersyukur hari2 dpat ajar murid dngan tulisan jawi..

- Syukran Ma'Assalam -

Friday, June 29, 2012

Doa dan Zikir Apabila Memasak.




Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras


الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.


 

Zikir Waktu Masak


لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x





- Syukran Ma'Assalam -

Wednesday, June 27, 2012

Doa " samoga ada jodoh kita "





Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”


 

Memanjatkan doa..

2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”

Ertinya:

Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.

 







P/s : Selamat beramal..Semoga bermanfaat :)

- Syukran Ma'Assalam -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...