"Tik..Tik...Tikk..."
Jarum jam didinding bergerak sedikit demi sedikit, saat demi saat, umpama tidak akan pernah berhenti bergerak. Apa yang pasti, masa tidak akan menunggu kita. Setiap saat membuatkan usia semakin tua. Sama ada semakin matang, atau semakin bodoh, entahlah.. Semuanya terpulang pada diri sendiri.
Pernahkah anda mengambil masa sejenak untuk berfikir, selama mana dan sejauh mana perhubungan cinta anda dan dia mampu bertahan? Mampukah anda mempertahan cinta yang dirasakan cinta sejati anda itu? Antara anda dan dia, siapakah yang akan mengkhianati cinta itu? Wallahualam...
Aku juga seperti manusia biasa seperti kamu. Sentiasa berfikir apa yang akan terjadi dalam perhubungan kami. Bagi aku, seandainya suatu hari nanti aku tidak mampu mempertahan cinta ini, tiada jodoh antara kami, mungkin aku mampu menerimanya. Tetapi adakah si dia mampu menerimanya?Entahlah... Tak berguna terlalu memikirkan sesuatu yang masih belum berlaku. Umpama menilik nasib, perbuatan ini sudah tentu ditegah oleh agama islam sendiri.
Pernahkah seseorang membisikkan kata-kata ini ke minda anda?
“HIDUPLAH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI ESOK, BEKERJALAH SEOLAH-OLAH KAMU HIDUP SELAMANYA”- PEPATAH ARAB
Dalam erti kata yang lain, selagi anda bernafas, jangan takutkan hari esok yang masih belum pasti, dan bekerjalah sehabis baik berbanding semalam.
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."-Pepatah Arab
Ya, bukan semua perhubungan cinta itu mampu bertahan sehingga ke akhir nyawa. Apa yang pasti, cinta kita tidak pernah akan kosong kerana pelbagai halangan akan menanti sang pencinta. Mungkin cinta kita tidak akan kemana, tidak akan bersatu dibumi, tetapi mungkin bersatu diakhirat sana.
Begitu juga dengan aku. Cinta itu umpama bulan yang mengambang. Semua orang berharap agar cahaya bulan yang menerangi langit malam itu sentiasa hadir setiap malam. Namun sekiranya setiap hari bulan mengambang itu menerangi langit malam, adakah anda akan menghargai bulan itu lagi?
Ya, kita biasanya tidak akan menghargai benda yang sudah selalu dimata kita. Itulah cinta. Manusia tidak mampu hidup tanpa cinta. Apabila tiada, mulalah kebosanan dan tercari-cari. Terdesak! Mula mencari-cari sesiapa saja yang mahu mendengar luahan isi hati.. Paling tidak pun, jiwa akan mula kacau dan hati akan mati. Kerana cinta itu menghidupkan hati. Cinta kepada Allah, cinta kepada rasul, cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada kekasih.
Akhir kata, cinta itu mudah dan tidak perlu dijadikan satu perkara yang rumit. Sentiasa fikir positif, saling percaya dan saling menghargai. Thats it! :)
No comments:
Post a Comment